Klik-Klik

Wednesday, 13 June 2012

Cerpen : Hanna Xandra



Assalamualaikum…
Namaku Hanna Xandra. Esok merupakan hari yang paling bahagia dalam hidup aku kerna bakal berkahwin dengan lelaki yang amat aku cintai. Nama lelaki tu Daris Inayat. Tapi aku ada masalah kat sini… aku tak tahu dia sayang aku atau tidak. Dia tak pernah cakap yang dia sayang aku dan dia tak pernah bagi sebarang hadiah kat aku. Dah lama kami kawan, sejak dari sekolah menengah lagi..bila Daris dah kerja dan aku pun dah kerja, Daris terus masuk meminang dan aku terus setuju sebab aku memang minat kat Daris dari zaman sekolah menengah lagi. Bila kami dah bertunang,aku jatuh cinta dengan Daris. Segala yang ada pada Daris cukup sempurna di mataku dan aku yakin Daris mampu menjadi imamku dan bakal membimbing anak-anakku nanti… Tapi semenjak kami bertunang hingga sekarang, Daris tak pernah cakap dia sayang atau cintakan aku. Kadang-kadang aku terfikir la juga, kenapa Daris nak kahwin dengan aku. Aku pernah tanya pada Daris kenapa dia nak kahwin dengan aku tapi dia hanya tersenyum dan aku calon yang sesuai untuk menjadi suri hatinya.

Tiba-tiba Ibu muncul di kamar pintu dan memanggil aku untuk ke ruang tamu, katanya Daris datang nak bagi baju untuk di pakai pada hari pernikahan esok. Ibu sempat berpesan, tak elok jumpa lama-lama,darah manis. Aku hanya tergelak kecil memdengar pesanan ibu. Tiba di ruang tamu, Daris memberikan baju pengantin untuk aku pakai esok. Aku lihat muka Daris begitu tenang. Daris memberiku sebaris senyuman yang cukup menawan.. bak kata omputeh killer smile… gugur gantung aku tengok senyuman Daris… Sabar Hanna Xandra, esok kau akan jadi milik Daris Inayat… gumam ku dalam hati. Lepas memberikan baju kepada ku, Daris meminta izin untuk pulang. Berat pula rasa hati untuk bagi dia balik, kalo boleh aku nak dia ada kat sisi aku je tapi nak buat macam manakan dia belum menjadi yang halal bagiku. Aku menghantar Daris sehingga ke pintu keretanya. Aku menahan dari daripada memasuki keretanya, sebab aku nak tanya sesuatu pada dia.

Hanna Xandra  : Awak… Kenapa awak nak kahwin dengan saya?
Daris Inayat      : Sebab saya nak kahwin dengan awak…( sambil tersenyum..)…
Hanna Xandra  : Ala… awak nie, jangan la main-main. Awak tak pernah pun cakap awak suka atau sayang saya. Awak tak pernah bagi hadiah kat saya pun… Masa ulangtahun kelahiran awak, saya bagi hadiah dekat awak. Tapi awak tak pernah ingat tarikh lahir saya pun.
Daris Inayat      : (sambil tersenyum…)… Ye, saya tahu… k lah, saya balik dulu… Jaga diri ye Cik bakal pengantin. Tak nak muka monyok camni nanti cepat berkedut muka.
Hanna Xandra   : ok..  Awak jugak, jaga diri… Hati-hati bawak kete.

Walaupun aku tak puas hati dengan jawapan Daris, tapi tak pe la… esok aku tanya lagi. Masuk bilik terus aku mencuba baju yang bakal aku pakai esok… urm.. cantik juga design yang direka oleh bakal suamiku ni. Makin berbunga hati aku… haish… tak sabar nak jadik suri dalam hidup Daris.

Keesokan hari…
(Di rumah pengantin perempuan )

Cepat pulak aku siap. Majlis akad nikah lagi sejam dan makin berdebar pulak hati aku ni. Dalam sejam lagi aku bakal menjadi isteri kepada Daris Inayat. Dah 10 tahun aku menyimpan cita-cita untuk berkahwin dengan Daris. Akhirnya, impian aku menjadi kenyataan… yes…
Akhirnya… tiba masa yang di nantikan.. tok kadi dah datang, tapi bakal pengantin lelaki tak datang lagi. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati dan gelisah. Aku suruh kak Long aku call Daris, tapi talian Daris tak dapat di hubungi. Akhirnya, aku menghubungi sendiri nombor Daris, nasib baik Adik Daris angkat panggilan aku. Belum sempat aku membuka suara, adik Daris menyatakan yang Daris telah meninggal Dunia 5 minit yang lalu. Berlinang air mata aku menerima khabar ini. Tanpa berlengah lagi aku mengajak Ibu dan Ayah menghantarku ke hospital. Sampai saja di hospital, aku berjumpa dengan ahli keluarga Daris sambil dipimpin oleh ibuku. Aku tidak mempunyai kekuatan untuk berjalan, hanya air mata yang mampu mengalir. Ayah Daris memberitahuku yang Daris tergelincir dari tangga dan jatuh tidak sedarkan diri. Mereka membawa Daris ke hospital dan 10 minit selepas itu Daris di sahkan meninggal dunia.

Seminggu kemudian…
(Di rumah)

Alhamdulillah, semangat aku makin pulih,walaupun tidak sepenuhnya. Terima kasih buat Ayah, Ibu dan juga teman-teman kerana banyak memberi semangat kepada ku. Adik Daris datang malawat aku dan menyampaikan khabar dari keluarganya kepadaku. Sebelum pulang, dia telah memberi sekotak cincin dan sepucuk surat ungu kepada ku… Katanya, ini peninggalan arwah Daris kepadaku. Di saat aku mendengar nama Daris, laju saja air mata ini mengalir. Setelah adik Daris beredar aku tanpa berlengah lagi membaca isi kandungan surat itu.

Kepada : Puan Hanna Xandra ..

Assalamualaikum…
Hanna… saya mintak maaf pada awak sebab saya tak jawab soalan awak tadi.
Saya bagi awak baca surat ni lepas awak sah jadi isteri saya dan ini hadiah merupakan surat cinta saya yang pertama buat awak Hanna. Saya nak bagi tahu perasaan saya pada awak … Kat sini saya nak menyatakan yang :

*        Saya Daris Inayat mencintai dan menyayangi awak Hanna Xandra sejak dari sekolah menengah lagi.
*        Saya nak awak menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya nanti.
*        Bila kita dah kahwin nanti nanti, saya akan panggil awak Sayang setiap hari tanpa jemu..
*        Saya rasa bersyukur yang awak sudi menjadi isteri saya.
*        Saya hadiahkan cincin berlian ni buat awak. Ini hadiah saya buat awak.  
*        Saya harap awak menerima saya seadanya saya dan saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi Imam awak dan bakal anak-anak kita nanti.. =)

Daripada : lelaki yang mencintaimu… Daris Inayat



Esakkan aku makin deras, Ibu dan ayah datang menenangkan aku. Aku tak sanggup lagi nak melihat cincin yang di hadiahkan oleh Daris. Surat Daris basah dengan air mataku. Aku sungguh tidak menyangka yang Daris mencintaiku seperti mana aku mencintainya. Dan yang paling menyedihkan, surat ini di tulis oleh Daris pada sehari sebelum tarikh pernikahan kami dan aku akan mendapat surat ini pada hari pernikahanku. Aku juga tidak sempat untuk menjadi Puan Hanna Xandra dan tidak sempat menjadi isteri kepada Daris Inayat.



TAMAT---

** Terima Kasih buat anda yang membaca cerpen Ara Fashiera ni.

Tuesday, 12 June 2012

Makan Malam Sanggar Mustika

Malam semalam aku join Dinner Martech kat Dewan Sri Semarak. Tema Dinner pada sem ni- Sanggar Mustika a.K.a Kebudayaan. Ni dinner kali terakhir bagi aku as student marine technology..( lepas ni grad...InshaAllah...) ... 

~ Ragam Makan Malam Sanggar Mustika 2012~ 
( Klik pada gambar untuk besarkan )

Cik Farah Atiqah 

Selamat menjamu selera

Madi & ice-cream ...

Makan...makan...

Atur-cara dinner...

sanggar Mustika

Bahagia muka Jelin...

Sanggar Mustika

Dak uma aku.

kami & bang Mat

Pemain Musik

Jia.

FS & Biha

Mereka tgh merakamkan saat indah bersama

Ragam kengkawan ku

Keadaan dewan selepas dinner selesai.

Gugurl kelas aku.

Mai & fs

Kema & FS

Jelin & fs

fariza & fs

Fs & elle

Kak Ida

wan atiqah & fs

fs & aimi

Aimi & yat

Queen of the night- Marsh...

faratiqa di ciom oleh emy sambil diperhatikan pipot..

Faratiqa : Oh no! 

My last Dinner/ part 6