Sekarang ni Trend drama kat tv Malaysia banyak adaptasi dari Novel. Dan yang terbaru, drama kat TV 3, Setia Hujung Nyawa...(Masa episode 1st aku tgk drama nie kat TV baru ak tao kewujudan novel ni...)..
Pastu dengan semangatnya masa cuti aku pun diluangkan untuk cari novel ni kat Bookstore.
Dengan dukacitanya, sume kedai kata novel ni sold out. kena tunggu seminggu baru stok sampai.
Dengan kecewa aku pun balik rumah... Pastu aku godek2 laman sesawang Alaf21.. nasib baik novel Fatin Nabila ni ada stock..Last skali beli online je la.. Empat (4) hari order, dah dapat...(Sampai depan pintu gitu...)... hehe..
Dengan penuh semangat membara, ak pun baca novel ni dengan membayangkan Zain (Amar Asyraf) & Ersalina (Nelydia Senrose).. Memang sweet cite ni.
Parcel : Delivery... |
Setia Hujung Nyawa... |
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.