Bersiar-siar kat kedai buku, maka terbeli 3 novel ni (Denyut Kasih Medik, Syabab Musafir Kasih, dan Aku Bercerita). Jom layan sipnosis novel ni.
Novel #1
Tajuk : Denyut Kasih Medik
Penulis : Dr. Farhan Hadi
Sipnosis belakang novel :
Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. ...Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.
Review : Ada pengajaran yang tersirat dalam novel ni. Banyak fakta ilmu perubatan dan fikh dalam ni.
Novel #2
Tajuk : Syabab Musafir Kasih
Penulis : Ustazah Fatimah Syarha (Wife Dr. Farhan Hadi)
Sipnosis belakang novel :
Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang malang pada awal kehidupannya. Beliau bukan sahaja anak yatim, tetapi juga sering dipandang hina dan tidak berharga di mata penduduk kampung.
Namun begitu, berkat keyakinannya terhadap Islam yang dianutinya serta ilmu yang dipelajarinya, Syabab bangkit dari kesusahan hidup dan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupannya sehingga beliau berjaya mengetuai pemuda-pemuda di kampungnya berubah menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Malah, mereka yang membencinya juga kini mengasihinya.

Review : Pengajaran dalam novel ni banyak. Paling win kat hati aku ialah perjalan hidup watak utama dari kehidupan terumbang-ambing dan akhirnya cahaya menerangi hidup.
Novel #3
Tajuk : Aku Bercerita
Penulis : Ramlee Awang Murshid (Penulis Kegemaran)
Sipnosis belakang novel :
SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer’s block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat ‘seseorang’ menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.
Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?
RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

Review : Semua cerita dalam novel ni tiada kaitan antara satu sama lain. Cerita dalam novel ni ada 5+1.
Sekian saja review pendek untuk kali ni. Jumpe lagi...