Klik-Klik

Thursday, 31 March 2011

Boonyi ft. 2wins & dena

Jom layan lagu nie.. bes gak...  
ByBoonyi Featuring 2Wins & Dena - Banyak Bunyi (Jong Jong Inai) Mp3...
p/s : sokonglah muzik tempatan..

Kumpulan Boonyi...

Banjir Di Arau kini kembali...

Banjir kat arau-flyover
gambar : sumber ikhsan dr madi...
Banjir kali ini merupakan bnjir kali ke-2 di perlis nie dlm tempoh ak stdy kat UiTM Perlis nie... Kali pertama sem lpas.. hujung thun 2010, mse tu tnga minggu Final xm..memang dasyat la pengalaman mse tu.. dgn air xda..mknan xda.. pastu arau( jln nak ke matrikulasi perlis) nie jadi cam sebuah pulau yg keliling nya air.. dgn uma yg ak duduk nie ade gangguan sejenins makluk yg bernama halus...cam2 dugaan... alhamdulillah...sume tu ak dpat tempuhi mase sem lepas.. pada sem nie plak lg 2 minggu nak final xm, dah bnjir.. Naseb bek xkena waktu final lg.. mmg pengalaman yg sblm nie amat memberi pengajaran kpd ak n hosmate2 ku.. Sem nie plak, cti stdy wek dibwa kedpan. (cti banjir).. jdi rmai la dak2 uitm perlis mengambil peluang nie tuk pulang ke kpg halaman msg2.. ak n 3 lg hosmate ak xbalik.. mls nak blik...( bkn de sape pun kat uma).. so..kitorg menjdi penunggu yg setia kat Tmn Sri wang nie, walopun skrg tnga xda air..lol

nie sedikit gambar yang ditangkap sewaktu banjir di perlis(ARAU)..
Credit to : Madi ( tuan empunya gambar )... sbb kc share kat cni.. :)

banjir di Arau-tmn bersatu
Banjir lagi...
suke makcik ni bile banjir...
moh jln2 tgk kwsn bnjir teruk..
banjir-kete leh lalu...

Wednesday, 30 March 2011

I’m afraid

I’m afraid of living with my eyes open...

Because I know I won’t see you even if I look for you...
It seems better to fall asleep exhausted...
After longing for you...


my life is still far


Tuesday, 29 March 2011

Pasti ade hikmahnya...

Setiap Perkara Yang Berlaku, Pasti Ade Hikmahnya... (pujuk Hati sendiri)..

Sunday, 27 March 2011

I can't take



I can't take another lover...

I could not forget you never...

If its not you...


you know I cant be with anyone else...

You the only one for me...

Now I don't have another love...

Don't leave my side...

Bukan semua yang menggembirakan hati

Bugs Bunny - warner-brothers-animation wallpaper

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang
menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik
untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Berlarilah terus hingga ke garisan penamat


“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat,sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”–DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita


“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Saturday, 26 March 2011

U can say i'm crazy..

U can say i'm crazy..
U can call me whatever U like...
But there's only one thing U cannot judge...
It's my love for U....


after all this time you left me alone ...



after all this time you left me alone ...
 now you have again appeared in my life and you want to conquer my heart again ... 
Sorry, I'm not coming back to you again after what you did to me ..




By : Ara Fashiera,2011

Andainya Lelaki Tahu...




Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. 
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.





Visa : Untukmu Selamanya





sumber : tidak diketahui... amik dri kengkawan...

Thursday, 24 March 2011

Compius....


ak kompius la.. ak lulus interview tmpat Li GRM tu.. but tmpat tu blacklist area la..n xda kmudhn awam.. n xxx area... so...ak xthu nak tolak or accept.. :(

my 2nd xcdent....


peristiwa ptg td xdpt ak lupekn...
for d 1st tyme mto ak terseret... n ak terseret atas jln..huhuhu....
pengalaman yang plg menakutkn jek...

Saturday, 19 March 2011

Cara nak mengayakan messy style scarf

hai gurlz... arini ak nak kongsikan macam mana nak pakai selendang hanya dengan 10 minit dan simple.
Ak jumpe video ni kat YouTube..ak rase senang nak follow step dia pkai selendang ni.



p/s : Style ni sesuai digayakan dimana saja anda berada (tak kira la gi kuliah ke, gi mall ke , dan tempat2 lain lagi...) 

mari kita bce bersama2.... cinta mkn hati...


Cinta Makan Hati

Tidak dapat dinafikan, diari cinta semestinya disulam dengan suka dan duka, sebagaimana kemarau tidak berterus lamanya, hujan tidak pula terus menerus menyimbah rumput dunia.Dicintai tidak semudah menyintai, dimiliki tidak semudah memiliki, cinta kerap kali mengusik hati, mejadikan istana hati itu retak sehingga gugurnya debu-debu air mata menyimbah pipi, walau senyuman kerap kali terus menafi.Tidak semua yang kita inginkan akan menjadi milik kita, kerana kadangkala apabila kita menyukai sesuatu sebenarnya ia tidak baik bagi kita, dan boleh jadi sesuatu yang kita benci itulah yang terbaik buat kita, hanya di tangan Allah segala rahsianya.



Kadangkala kita menyintai seseorang, tapi dia pula melabuhkan kasih pada yang lain, kadangkala dua insan saling menyintai, tapi dia jugalah yang sahabat kita sukai.Benar, trilogik cinta sering terjadi, dan kadangkala memberikan kebahagiaan pada sahabat itu mampu menjadikan hidup kita lebih bermakna, sekalipun kita terpaksa mengalirkan air mata.Ada sahabat menyapa "kenapa bila kau bercakap kau selalu melawak membuatkan orang lain gembira, tetapi bila kau keseorangan kau sering mengalirkan air mata, kau sedihkah apa?".


Teman, antara hujan dan panas itu akan bersinarnya pelangi-pelangi yang indah, senyuman dan air mata itu akan mengukir hati supaya sentiasa pasrah, sabar dan redha terhadap apa yang terbeban ke atas dirinya.Bilamana kita menyerahkan kebahagiaan kepada sahabat yang kita sayang, walaupun dihati kita sebak dengan tangisan,disitulah terkumpulnya dua sinaran, iaitu senyuman dan tangisan.Dan dari situlah terpancarnya pelangi kebahagiaan.Syukurlah seandainya dia masih menjadi milik kita, dan redhailah seandainya Allah menggantikan dia dengan seseorang yang tidak disangka.
Bukan sesuatu yang luar biasa apabila seseorang yang tidak pernah kita kenali datang menerpa menyatakan cinta dan berhajat pada kita, kerana jodoh kadangkala sesuatu yang tidak diduga.Firman Allah swt : 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"(Al-Baqarah :ayat 216)


Sahabat, memiliki rasa cinta itu tidak ada salahnya, kerana ia akan tetap hadir sekalipun tidak dipinta, namun harus diingat, jangan terlalu kasihkan manusia melebihi kasih pada pencipta, kerana Dia yang mengatur segala-galanya, cintakan seseorang belum tentu ia menjadi milik kita, cintakan tuhan Dia mampu memberikan apa saja yang kita pinta.Dengan hanya "Kun Fayakun" maka terjadilah apa yang diinginkannya, oleh itu seandainya sesuatu yang kita inginkan belum menjadi milik kita, sabarlah dan terus berdoa, Allah mengerti setiap apa yang tersemai dihati hamba-hambanya.Memberi sebiji permata tidak sama dengan memberi sebutir kaca, tuhan tidak sekadar melihat doa hambanya, tapi melihat dimana pula buktinya, bagaimana hubungan hambanya denganNya, sebanyak mana air mata yang digugurkan dalam permintaannya.Mungkin tuhan menangguhkan pemberian itu untuk memberi ruang supaya kita meneruskan doa, menyembuhkan fikiran dan membersihkan segala dosa lama.Mintalah pertolongan dari yang menciptakan agar memudahkan urusan yang dihamparkan pada kita.Dan peliharalah hubungan sesama manusia yang dicintai agar tidak lalai daripadaNya.Fiman Allah swt
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu" (Al-Baqarah : ayat 45)


Bangunlah untuk muhasabah diri merenungi dosa-dosa tersembunyi dicelah-celah cinta manusia, bersihkan hati dan serahkan sebulat-bulatnya pada pencipta, biarkanlah Dia yang mengatur segalanya.Sekadar secangkir renungan untuk teruna dan dara.Berhati-hatilah dengan ujian dunia.

credit to : Abdullah Mahdi
Artikel  ini diambil dari : www.abdullahmahdi.com



Friday, 18 March 2011

Mood Mlas

tetibe rse cam malas jek.. (mood malas tu menjelma ngn tibe2...hahaha)...
lg sebulan jek nak final...tp ak masih xstudy pe2 ag... sbuk ngn progrm persatuan...huhuhu...
aish...bila la nak brubah nie... ayoh2 jgn mlas2...

Thursday, 17 March 2011

Doa Nabi Yunus dalam perut ikan Nun...

لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰‏ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Doa ni telah dibaca oleh Nabi Yunus sewaktu dalam perut ikan paus...
  • Doa ini boleh dibaca ketika kita ditimpa kesusahan...


kisah Nabi Yunus dalam perut ikan nun...

Allah SWT. Telah mengutuskan Nabi Yunus kepada negeri Nainawa (ada setengah buku eja Naynawa) yang terkenal dengan kekafirannya. Nabi Yunus kesal dengan sikap kaumnya yang tidak mahu menerima kebenaran dan masih mahu berada dalam keadaan kekufuran. Lalu Nabi Yunus menuju ke tepi laut dan menaiki perahu yang sesak dengan penumpang serta terus berlayar ke tengah lautan. Pelbagai halangan yang telah ditempuhi dan diharungi oleh Nabi Yunus semasa di tengah lautan. Ombak yang kuat dan muatan boleh menyebabkan kapal karam. Untuk mengelakkan hal ini terjadi,semua penumpang kapal telah bersepakat untuk mencabut undi. Ternyata apabila nama Nabi Yunus yang keluar apabila undian dicabut.Dan undian ini dilakukan sebanyak 3 kali. Akhirnya, Nabi Yunus dicampakan kedalam laut lalu ditelan oleh ikan Nun. Semasa didalam perut ikan nun itu, Nabi Yunus A.S tidak berhenti bertasbih memuji Allah SWT.

Nabi Yunus A.S tinggal didalam perut Ikan Nun selama 3 hari, ada yang mengatakan 7 hari, dan ada pula yang mengatakan 40 hari.Maka, selama berada dalam perut ikan nun itulah Nabi Yunus berdoa kepada Allah SWT. “Allahumma la ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minazzhalimin” maksudnya ialah : ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim.

Allah SWT. Juga berfirman, maka sekiranya dia( Nabi Yunus) tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingati Allah (dengan bertasbih), nescaya dia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit (QS Al-Shaffat/37: 143-144)

Akhirnya, doa Nabi Yunus diperkenankan Allah SWT. Nabi Yunus terdampar di sebuah pulau yang tandus, dalam keadaan lemah. Lalu, Allah mengembalikan kekuatannya dengan menumbuhkan pohon labu di dekatnya. Bukan hanya itu, Allah mengembalikan seribu umatnya dalam keadaan beriman, dan Allah berikan kemakmuran hidup kepada mereka. (Q.s. as-Shaffat/37: 145-148)






Reference : 8 kalimat AL-Thayyibah By M. Fauzi Rachman ( pg 45-48 )

Mutiara Kata oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

  • Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat –DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Tak mampu buat semua jangan tinggal semua – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah – DR.HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna.
  • Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti –DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Tuesday, 15 March 2011

Family Day MArine 2011

pada tanggal 13 March 2011, bertempat di UiTM Perlis...kitorg dah berkumpul kat dlm UiTM..ade gak yg berkumpul kat luar (dpn matrx n c-mart)... ak ngn hosmate ak jia g awal ngat bus gerak awl..skali lmbt plak bertolaknye..naseb bek la dekat jek..kat kedah... k la.. family day a.k.a sukaneka marine nie kitorg ( part 4) dilantik menjadi pengendali/perancang a.k.a AJK sukaneka Marine 2011 nie.. nie projek kitorg yg kebape ntah..ak pun xthu yg kitorg( part 4) handle lepas kem randau marine ngn ape ntah..ak pun lupe ( biasalah dah meningkat usia )..hehehe...
mase sukaneka tu kitorg men 8 game.. salah satunya game men baling bola dalam air..  ak dilantik menjadi ketua game men bola baling bola kedalam air.. bes gak game nie..sbb peserta kna tutup mata pastu baling bola dlm air ( sorg duk dlm air pegang baldi ).. bes2... dri game tu la kita dpt tgk team work setiap group dan kebijaksanaan dorg tuk menang game tu..


pastu ak as ajk kna jage grp yg sedang bermain..n ade mase terluang ak men terjun2 kat kolam yg 5 Meter dlmnye..fuhh...lemah smgt den.. yg plg lemah tu, ak kna tolak masuk dlm kolam tnpa preparation..terkejut ak.. 5 meter lak tu..naseb bek ak x gabra dlm air..klo x..xthu la..hahaha...anyway bes gak..lol...


pastu abeh men game..kire2 ,markah n pemenang telah ditentukan... grp no. 3 dp no 1 n group no 1 dpt no 2..yg len ak xingat..hahaha..sowie erk... pastu kitorg mkn mkanan dlm hamper tu n balik... kitorg as ajk xleh blik ag.. bile smpai uitm.. ak n geng2 ajk game ptg duk sebok kmas barang2 yg telah digunakan spnjg aktiviti tu... kitorg simpan kat lab marine. pastu baru leh balik uma...hehehe...


pape pun trima kaseh la pada sume ajk n MT yg terlibat kerna telah bersusah payah menjayakan aktiviti family day nie..n xlupe gak pade sume peserta yg sudi hadir..bg yg xhadir 2 next tyme hadir2 kn lah dri anda yek.. hihihi...


k la..kat bwah nie ak share ngn korg beberapa keping gmbar yg telah disnap utk tatapan umum..hihihi...



hahaha..nie gambar ak wat terjunan 1 meter tnpa memakai life jacket kat kolam 5 meter. ak xbrani nak wat terjunan yg lebih tinggi dri 3 meter sbb ritu ak dah penah wat, pastu kaki ak kebas bagai nak rak dlm air.. 
sebelum men game kna briefing dlu...

susun bola b4 nak men game..
Sea Survival Game
Men polo air..

GurL oF JuLY....


Disebabkan ak lahir bulan Julai..jadik ak nak share ngn korg pesonaliti yg lahir bulan julai nie.. 

JULAI

Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh.
Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa terhadap semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi
Kesihatan perut.
Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja

Reference : kajian yg telah dijalankan oleh Dato' Dr Fazilah Kamsah.


Dalam Makmal Marine Biologi
Kitorg tngah dissect utk anatomi fish... 

Mari bErselawat...

Selawat Munjiah
According to Imam Jazuli & Syeikh AL-Buni, selawat nie bole dibaca bagi sesiapa yang mempunyai hajat dunia atau hajat akhirat, selawat nie hendaklah dibaca sebanyak 1000 kali di waktu tgh malam, insyaallah..dengan izin allah tertunai hajatnya dengan segera.

Selawat ini juga sesuai diamalkan selepas solat 5 waktu...


Menurut Imam Dainuri, pada suatu waktu umat islam ditimpa kesusahan @ penyakit menular atau ada hajat besar untuk ditunaikan maka mereka akan membaca selawat ini.


selamat beramal ye kwn2....



My HosMate ~ Marine

5 org budak marine yg kulit slalu burn...
nie ak nak kenalkan hosmate ak... yg merah tu name dy ida.. yg ijau tu nme dy jia... yg oren tu nme dy jelin.. yg kelabu tu nme dy Fara Atiqah.. yg purple tu ak...hihihi...
:: so , slamat berkenalan la ngn hosmate ak ::

MuTiaRa KaTa Tuk Hari ini.....

Hadiah Terbaik Kepada kawan - Kesetiaan...Kepada musuh - Kemaafan..Kepada ketua - Khidmat....Kepada yang muda - Contoh terbaik....Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan....Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan dan Kepada manusia - Kebebasan
hadiah.. nak gak...

hati2 ngn jarum...6t berdarah...

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang Menumpahkan darah...
kata2 nie slalu ak bce bile de org rse kecewa ngn sikap manusia yg ske memandang rendah dan menghina orang lain...
mmg btol, kite xleh pndg rendah terhadap brg2 kecik like jarum, bahaya woo jrum tu..klo masuk kaki jenuh nak bwak kuar pastu kuar darah merambu-rambu...(sakit2..gerun plak) ... 
ak slalu la jumpe dak2 yg ske pndg rendah "thp 10" kat org len.. dorg rse dri dorg dah ckup bgus.. padahal dorg xthu..sume tu hnya sementara saje... walopun ak nie xde la bek sgt ( ak pun bknnye perfect pun ) tp ak x judge org tu dri cover dy..but ak akn judge from isi dy.. xsemestinya kita nmpk dak tu cam bek,kita assume dy bek.. bile kite nmpak dy cam dak nakal kita judge dy jahat... xsemestinya begitu, kdg2 terbalik.. 


jarum emas... sape nak, wat sndri...hahaha...

Monday, 14 March 2011

cara make-up kesuma Jiwa...


dengan penggunaan warna yg berani cam merah dan hitam, mampu menyerlahkan lagi mata anda..mata anda nampak lebih segar dan berani.
type : kesuma Jiwa



Cara make-up Kesuma Jiwa nie gak dpt dipadankn dengan pelbagai jenis baju dan tudung dalam pelbgai kale.. 



shawl puteh juga sesuai digayakan dengan make-up kesuma jiwa..


  • Cara make-up sebegini mudah n simple..
  • bole digayakan pada waktu siang mahupun malam.
  • kalo nak pkai gi klass pun bole..
  • selamat mencuba.. ;)
creadit to model : fuyutsuki :)
credit to jurusolek : dida :)
credit to tkang amik pic. model  : me n FA :)

Saturday, 12 March 2011

Dak2 NR UiTM Perlis klo de pape ProBs.. just contct no nie.........

MuTiaRa KaTa Tuk Arini.....

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. 


Pic. nie amik mase kat aquaria Langkawi..

Kalo korang nak edit2 blog korg 6t, leh r refer 2 ds kod kaler...

Kod2 kaler nie leh gune nak edit2 blog...
ak amik dari Blog nie = Reference : http://teknikbuatblog.blogspot.com/2010/05/kod-warna-html.html










































































































































































































Kode warna yang terpilih :

selamat Mencuba............