Klik-Klik

Thursday, 17 March 2011

Mutiara Kata oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

  • Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat –DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Tak mampu buat semua jangan tinggal semua – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah – DR.HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna.
  • Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
  • Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti –DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

0 99 Komen Sini:

Post a Comment

Thank You for your comment... Sila Datang lagi