Klik-Klik

Sunday, 22 April 2012

Jalan-Jalan Cari Makan~ Steamboat Maktab

Gambar kat atas nie steamboat yang aku gi makan dengan Jelin kat Maktab Perguruan Kangar. Nak kate sedap tu tak de lah sedap sangat. Tapi boleh la makan. Banyak jugak la jenis2 makanan kat situ... ( tapi bnyk produk yang telah di proses cam meatball dan lain-lain. . ) ..

Mendaki Gua Cenderawasih

Untuk memenatkan diri pada khamis ( 19 April 2012 ), Aku & kengkawan yang len gi mendaki Gua Cenderawasih kat Kangar, Perlis ( Orang tempatan panggil Gua Sami...)... Memang Penat sangat, rasa cam mandi peluh berbaldi-baldi.., naseb baik la tak tinggi sangat, tapi tangga dy curam la jugak... Bila dah sampai kat puncak, leh nampak la permandangan Kuala perlis & Kangar. Panas jugak kat puncak tu, tak de angin...
 Bila nak turun tu sampai ketaq lutut , tapi pape pun best... Keluar jugak peluh2 malas nih..( yela.. asyik berkurung jek dalam uma...). . .

Selepas mendaki Gua Cenderawasih, singgah main kat Taman permainan kat situ... 
Sebelom balik, sempat gak kitorang bergambar kat sini. Yela, mase kat atas puncak tadi tak tangkap pun gambar, sebab tak bawak kamera. hihi~ 
Gambar : Kredit to Marsh sebab ambil gambar gune Iphone dy.. =)


Saturday, 21 April 2012

Dinner Pre-Graduate 2012

Hari selasa lepas ( 17 April 2012 ) semua mahasiswa & mahasiswi Ijazah jurusan sains & teknologi termasuk kos aku ( Marine Technology ) Join Dinner Pre-Graduate. Dinner nie bersemperna mereka yang bakal menamatkan pengajian. InsyaAllah, kalo tak de pape aral melintang aku graduate sem ni. =) 

Classmate group ASB6Aw

Classmate group ASB6Bw


Ain & Fariza

rakan-rakan sekelas Batch 07

Group Fyp 

Housemate
Awek-awek comel kelas aku
Me... =)

Tuesday, 17 April 2012

kem Randau Siri 2- kem Palas, Titi Hayun.

Assalamualaikum. 
Baru-baru nie ( 13,14 & 15 April 2012 ) aku telah mengikuti kem Randau Siri 2- kem Palas, Titi Hayun, Yan Kedah. Seramai 137 Mahasiswa & Mahasiswi dari kos Teknologi Marin mengikuti program ni dari part 1 sampai part 5, 8 orang dari part 6 dan 4 orang dari Master. Part 6 ( my batch ) tak ramai yang join, sebab part kitorg tak wajib pi...( sebab kena run project FYP)... 
Selama 3 hari 2 malam aku berkampung kat Kem Palas ni. Memang padat la jadual aktiviti kitorg.. (namenya kem, kena la bnyk wat aktiviti, kalo tak padat bek tak yah gi kem kan.. hehehe..)... Kat Kem Palas ni dorang meletakan Latihan No. 1, Makan No. 80 dan Tidur No. 100 .. ( bagus gak cam gini, dapat melatih Pelajar menjadi lebih lasak, positive & mentaliti yang lebih kuat...) ... 

Hari pertama kat kem Palas : 
Pembahagian Platun (Kumpulan), LDK kepimpinan,Mencari realiti Diri, Merunut hutan, & O group .
Hari kedua : 
Jungle Tracking kat kaki gunung Jerai, Latihan kembara, Merentas halangan ( Halangan berlumpur & halangan sungai)... Menubuhkan pangkalan hutan, masakan survival, solat medan, solo kem dan tidur dalam hutan. 
Hari ketiga : 
Kelas Bantu mula & Majlis penutup. 

Hari pertama- baru sampai.

Hari Pertama - Rehat2 kan diri sebelum latihan bermula.

Baju loreng nie kena pakai sepanjang aktiviti kat kem palas ni.

Nie kemah tempat kitorang bermalam.

5 orang ( 1 seksyen) tido dalam kemah nie. Memang selesa gilerr la... ( Nyamuk banyak,  tido pakai baju loreng, basah2, hujan, sejuk, dan kain pelapik tido tu basah...).. tp memang best sebab pengalaman cam gini tak dapat di beli kat kedai. 
Platun 6 ( tiada dalam gambar : ainie. ) 
Malam ke-2 kena bermalam dalam hutan.

My Junior part 3 - Ayu & Zila.

berbaris time.

Kadet Kem Palas... 
Platun 6 - Perempuan

Platun 6 - Lelaki

last day- sebelum nak pulangkan baju loreng ni. 
Setelah 3 hari 2 malam menjalani aktiviti kat Kem Palas ni... Macam2 hadiah dapat... hehehe, antaranya kulit gatal2, muka burn ( burn masa gi Pulau payar & pangkor pun tak hilang lagi..pastu burn lagi...) , sakit tekak, lemah lutut, sengal2 otot, sendi & sakit tulang. Tapi sume hadiah2 nie tak de la masalah besar pun sebab hadiah yang paling best yang aku dapat kat sini ialah Ilmu yang tak ternilai harganya. Dan sebagai pelajar Teknologi Marin , haruslah mempunyai mentaliti yang kuat dan kesungguhan yang tinggi.. ( ecece... terlebih sudah... hihi~ )


Friday, 13 April 2012

Oh water Quality : Phosphate Test

Kali nie aku nak cite sal water quality test yang aku run sejak cuti sem sampai sekarang. Aku kena run test nie sebab aku punya tajuk fyp water quality & plankton diversity.. ( nak tak nak kena gak wat ... hehehe).. 

Mula2 mix reagent nie kale biru, pastu buat balik semula sampai dapat color cam gini.
Percubaan pertama = FAIL



Nie standard method solution : Color nie terang sgt, so kena wat skali lagi. 

Penyediaan reagent & solution

Masa untuk menimbang reagent sebelum buat solution.

Nie salah satu wane standard method yang ok. 

Masa untuk bilas sume bekas2 yang telah digunakan.


UV spectrometer

Uv Spectrometer


Standard Solution

Dah berminggu-minggu run phosphate test. Tapi hasil data tetap negative (Error mB. ). Walaupun dah hampir2 give-up, tetap run jugak test ni. Naseb baik SV banyak membantu, kalo tak memang dah give-up tros. Terima Kasih kepada sume kawan2 yang menolong...