Klik-Klik

Tuesday, 17 April 2012

kem Randau Siri 2- kem Palas, Titi Hayun.

Assalamualaikum. 
Baru-baru nie ( 13,14 & 15 April 2012 ) aku telah mengikuti kem Randau Siri 2- kem Palas, Titi Hayun, Yan Kedah. Seramai 137 Mahasiswa & Mahasiswi dari kos Teknologi Marin mengikuti program ni dari part 1 sampai part 5, 8 orang dari part 6 dan 4 orang dari Master. Part 6 ( my batch ) tak ramai yang join, sebab part kitorg tak wajib pi...( sebab kena run project FYP)... 
Selama 3 hari 2 malam aku berkampung kat Kem Palas ni. Memang padat la jadual aktiviti kitorg.. (namenya kem, kena la bnyk wat aktiviti, kalo tak padat bek tak yah gi kem kan.. hehehe..)... Kat Kem Palas ni dorang meletakan Latihan No. 1, Makan No. 80 dan Tidur No. 100 .. ( bagus gak cam gini, dapat melatih Pelajar menjadi lebih lasak, positive & mentaliti yang lebih kuat...) ... 

Hari pertama kat kem Palas : 
Pembahagian Platun (Kumpulan), LDK kepimpinan,Mencari realiti Diri, Merunut hutan, & O group .
Hari kedua : 
Jungle Tracking kat kaki gunung Jerai, Latihan kembara, Merentas halangan ( Halangan berlumpur & halangan sungai)... Menubuhkan pangkalan hutan, masakan survival, solat medan, solo kem dan tidur dalam hutan. 
Hari ketiga : 
Kelas Bantu mula & Majlis penutup. 

Hari pertama- baru sampai.

Hari Pertama - Rehat2 kan diri sebelum latihan bermula.

Baju loreng nie kena pakai sepanjang aktiviti kat kem palas ni.

Nie kemah tempat kitorang bermalam.

5 orang ( 1 seksyen) tido dalam kemah nie. Memang selesa gilerr la... ( Nyamuk banyak,  tido pakai baju loreng, basah2, hujan, sejuk, dan kain pelapik tido tu basah...).. tp memang best sebab pengalaman cam gini tak dapat di beli kat kedai. 
Platun 6 ( tiada dalam gambar : ainie. ) 
Malam ke-2 kena bermalam dalam hutan.

My Junior part 3 - Ayu & Zila.

berbaris time.

Kadet Kem Palas... 
Platun 6 - Perempuan

Platun 6 - Lelaki

last day- sebelum nak pulangkan baju loreng ni. 
Setelah 3 hari 2 malam menjalani aktiviti kat Kem Palas ni... Macam2 hadiah dapat... hehehe, antaranya kulit gatal2, muka burn ( burn masa gi Pulau payar & pangkor pun tak hilang lagi..pastu burn lagi...) , sakit tekak, lemah lutut, sengal2 otot, sendi & sakit tulang. Tapi sume hadiah2 nie tak de la masalah besar pun sebab hadiah yang paling best yang aku dapat kat sini ialah Ilmu yang tak ternilai harganya. Dan sebagai pelajar Teknologi Marin , haruslah mempunyai mentaliti yang kuat dan kesungguhan yang tinggi.. ( ecece... terlebih sudah... hihi~ )


0 99 Komen Sini:

Post a Comment

Thank You for your comment... Sila Datang lagi