Klik-Klik

Tuesday, 28 June 2011

Minyak Zaitun Baik Untuk Rambut

Mereka-mereka kata minyak zaitun or Olive oil boleh melebatkan lambut dan Menghitamkan rambut serta boleh menyihatkan akar rambut. Jadik ak teringin gak nak rambut yang hitam lebat. So, ak try pkai mintak zaitun ni kat rambut. Dan, hasilnya memang ok la... 

Saturday, 25 June 2011

Silky Girl Double Intense Gel Eyeliner

Like it...
kalau korang baru nak try (xpenah pkai eye liner & rase nak try pakai eye liner).. ak sarankan korang try Silky Girl Double Intense gel eyeliner nih. Senang je nak apply kat mata. Ak lebih suka guna gel eyeliner ni daripada liquid eyeliner or pencil eyeliner. Harga eyeliner ni pun tak mahal sangat & amat berpatotan.

Tadaa... ini lah hasil nya.. Senang je nak pakai dan tak mudah comot...


p/s : ak bagi 9 bintang drpd 10 bintang.

Tuesday, 21 June 2011

High heels drive me crazy

Cakap pasal Tumit Tinggi or Heels ak memang suka. Ak salah seorang dari pengemar heels. Ak memang suka tengok heels & kalau boleh ak nak kumpul buat koleksi dalam almari kasut ak tu(sampai mama mengamuk sebab tak pakai..hahaha...sorry mum...)...
Alang-alang dah datang melawat kat blog ak nih, ak nak tunjuk kat korang heels yang ak berkenan & ade heels yang pelik2 bg ak(tp xde la pelik sgt kn...)... Jom2...

Pelik

pelik
Sweet


sweet

Bole la

sweet

Sweet

sweet

like it

simple

love it

wa... 

comel

ok la

like

sweet

wow

love it

simple

pelik

like it

comel
p/s : ak jarang pakai heels...suke kumpul jek...

Jalan2 Dengar Lagu

Bosan...
Pastu Jalan2 kat Youtube,Jumpe la lagu2 yang sedap telinga ak dengar...
bila banyak kali dengar best Plak Dengar Lagu2 nie...

1)  Bila Rindu

2) FUAD RAHMAN - RINDU

Jalan2 kat Google tengok Eye Shadow

Pagi tadi ak kena masuk kerja pukul 8AM kat Pengkalan Sultan Abdul Hamid. Sambung kerja2 Susun Fail dan wat Fail Check List(rase cam kerani Fail la plak...hihihi...), After Lunch, kerja dah siap Pastu tak tahu nak buat apa. So, ak mengisi masa ak dengan melihat image kat google:

1) Arabic Make-up(Eyes Style)...

Ak suka tengok mata dy.

Eye shadow dy lawa.

2) Simple Eyes Shadow : 
Like it... 

3) Colourful Eyes Shadows : 
meriah dow
4) Pelik skit ak tengok (tapi tak pelik sangat) : 
Leopard 

Sunday, 19 June 2011

Jalan2 petang~

Bosan Gilerr duduk rumah je sabtu ahad ni... tak tahu nak pergi mana. akhirnya ak mengambil langkah keluar pukul 6 ptg td, ak keluar pergi Jusco Perda. Ak pun jalan2 la kat Jusco tadi sorang2(hehehe... jln tanpa arah tuju)... Akhirnya ak singgah masuk dekat Popular(ak mmg suka buku),tetibe ak ade ternampak satu buku ni :

Vampire Diaries (Last Episode_book)
        # Ingat nak beli, skali tgk harga dy RM 30 lebih...huhuhu...lari bajet.

Pastu ak ternampak Novel dari author Favourite ak : (ak mmg kumpul semua Novel dari Ramlee Awang Murshid nie)...

Ramlee Awang Murshid_4
            # nanti dapat elaun bulan ni ak akan serbu kedai Buku untuk dapatkan Novel ni...(sabar ye Cik Ara)...

Pastu ak Jalan2 masuk Kedai kasut(huhuhu...Rambang bijik mata ak tgk...Vincci offer 50%).. Jalan2 masuk padini ( offer 70% ) ... geram..geram...

Last Skali ak beli buku Sudoku...hahaha...

p/s : Lain Kali jangan pergi Mall ye Cik Ara...

Saturday, 18 June 2011

Resepi Kek Cokelat ( Kukus ) My mum

Bahan-bahan 
3          Biji telur
1         Cawan Gula
1(1/2) Cawan Tepung
1(1/2) Cawan Minyak Jagung
1         Cawan Koko 
1         Penutup Asen Vanila
1/4      Sudu kecil Baking Powder
1/4      Sudu Kecil Soda Carbonate
1/2      Cawan Susu Pekat
1         Cawan Susu Cair


Cara-cara
1) Pukul Telur dan Gula sampai kembang.
2) Selepas itu, masukan tepung dan semua bahan2 diatas tadi.
3) Pukul hingga sebati.
4) Bekas loyang disapu dengan mentega kelilingnya supaya tidak melekat.
5) Masukan bahan2 yg diadun tadi dalam loyang.
6) Kukus selama 1 jam.


Akhirnya.. ciap gak kek kukus...
More Pic. :  http://fsns.blogspot.com/2011/06/cubaan-pertama-chocolate-cake-kukus.html

Dah lame rasenya aku xupdate blog...
mungkin sebab ak busy dan tak ada idea nak update kot...urm...
Hari ini result dah keluar... ak rase frust skit ( tak dapat dekan )... tapi nak wat camne kan, tak ada rezki agaknya... takpe2 sem depan try lgi(insyaallah)... Jangan mudah berputus asa ye BBM...

Sunday, 12 June 2011

Cubaan Pertama : Chocolate Cake (kukus)

1st time ak wat kek chocolate tanpa bantuan my mum... nasib la menjadi. My mum cakap sedap... Hosmate ak pun cakap sedap(leh bukak kedai kek nih..dorg yg cakap...)...hehe...
Ak rase happy bile orang makan kek ak & dorg abehkan... Rase penat tu hilang sekelip mata bila tengok dorang makan. ^_^

Resepi : http://fsns.blogspot.com/2011/06/resepi-kek-cokelat-kukus.html



Disebabkan connection internet yang sangat "laju"... ak dah tukar semua background and buang semua widget yang boleh melambatkan ak nak view blog ni. Jadi ak dah ubah suai blog ak se simple yang boleh...(tak da dah meriah2 macam dulu)...

Thursday, 9 June 2011

Sekolah Rendah dlu....


Bila tengok gambar ni rindu zaman sekolah dulu. Rindu kat kawan2 sepermainan.
Dulu masa sekolah rendah, ak ni memang nakal gilerr..hihihi(segan nak citer)...
Mase ak darjah 1,2 & 3 ak kelas Puteh. Mase ak darjah 4,5 & 6 ak kelas Bestari.
Aktiviti ak mase lapang waktu rehat adalah tangkap belalang kat padang sekolah.(waktu darjah 1-3 kot)..
Before rehat ak akan make sure yang ak dah siap wat kotak kertas(ak koyak kertas dari buku sekolah,yg tgh2 tu)...pastu ak gi makan, lpas makan cepat2 gi padang(bermulalah aktiviti tangkap belalang ak tuh).
Bila loceng dah bunyi, ak ngn kawan2 ak akan blik kelas dan kitorg akan kira sape paling banyak tangkap belalang.
Selain itu, kalo cikgu tak masuk kelas, ak slalu main game lawan pemadam. sape kalah pemadam dy kena kaci kat pemenang.

Cute Hijab Style

Tadi ak jalan2 kat YouTube, tetibe ak ternampak satu video nie..sweet gilerr...
So, ak nak share ngan korang Video Video cute ni... ^_^



Wednesday, 8 June 2011

Jelita Akasia :: BAB 1::



3 Tahun lalu

Amylia Zulaikha A.K.A Ika merupakan teman baikku semenjak zaman Matrikulasi. Cantik orangnya seindah budi pekerti seperti nama yang diberikan kepadanya.
Aku bernasib baik kerana telah dipertemukan teman baik dan teman serumah seperti Ika. Aku dan Ika berkenalan ketika kami mengikuti kem kempipinan majlis tertinggi kolej kediaman di Kem Lambaian Danau.
Semenjak dari kem itu, kami menjadi akrab sehingga sekarang. Sedar tak sedar kami dah melangkah masuk ke sem akhir dan bakal menjadi graduan dari Universiti.
Kemana ada aku pasti ada dia, tambahan pula kami mendapat tawaran dari Universiti yang sama untuk melanjutkan Ijazah walaupun kos yang berlainan.
Ika merupakan pelajar jurusan kimia gunaan dan aku merupakan pelajar jurusan sains Komputer.Pasti semua rakan-rakan aku terkejut jika mendengar aku mengambil kursus sains komputer kerana di zaman matrikulasi aku mengambil kursus sains fizikal dan cita-citaku untuk menjadi seorang Jurutera. Tapi rezeki aku bukan dibidang kejuruteraan , aku telah dilelongkan masuk ke kursus ijazah sarjana muda Sains Komputer di UiTM Perlis. Aku pun tak kisah, yang penting aku dapat belajar.


Zafrill Badrul a.k.a Arill. Nama yang mampu buat jiwa aku gundah dan tidak keruan. Aku pun tidak menyedari sejak bila yang aku mulai suka padanya.
Aku cuma sedar hati aku berdegup pantas semenjak dari pulang makan Ais Kacang bersama dengan Arill dan rakan-rakan aku yang lain. Aku tidak dapat mencari sebab mengapa aku suka pada Arill. Sekarang ini, aku tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan Arill.
“Oit, kau termenung jauh apa pagi-pagi ni? Macam orang yang tengah angau je aku tengok kau ni” soal Amylia Zulaikha.

“Eh, mane ada. Kau ni mengarut je kerja, tak ada kerja lain ke nak buat kalau tak kacau aku sehari” balasku.
“Eleh, dengan aku jangan nak temberanglah macamlah aku baru kenal ko semalam. Baik kau bagitahu, kalau tak…”Amylia Zulaikha cuba mengugut aku.
“kalau tak kau nak bagi tahu satu Facebook yang aku ni angau? Yang aku ni… ouch.. sakitlah cubitan ketam semut kau ni! Merah dah tangan aku.” Ketika itu, muka Amylia Zulaikha berubah menjadi masam dan dia mencebikkan muncung mulutnya kedepan. “ klah, aku bagi tahu kau tapi ko janji kau jangan bagi tahu sesiapa pun termasuk buah hati kesayangan kau tu.” Amylia Zulaikha dengan sepantas kilat mengangguk dan raut wajahnya kembali ceria. “Ce citer ce citer, aku dah pasang telinga besar-besar ni.”
“Camni, aku rasa aku dah macam suka pada Rill la. Hati aku ni asyik berdegup jek bila sebut nama dia, tengok muka dia pun aku tak boleh. Camne ni Ika, aku takutla.”
“Ko takut pasai ape. Ce habaq mai skit kat aku.”bidas Amylia Zulaikha.
“Aku takutlah, sebab aku tak pernah rasa camni sebelum ini. Aku asyik teringat sal dia jek.” Aku meluahkan rase hati aku kepada teman baikku itu. Amylia Zulaikha terdiam sejenak dan memikirkan sesuatu. Keadaan menjadi sepi seketika dan tiba-tiba telifon mudah alih milikku berbunyi dan aku mendapat pangillan dari teman sekelasku yang aku kena menghadiri mesyuarat tergempar Persatuan IT sekarang. Aku memberitahu kepada Amylia Zulaikha yang aku kena berundur dulu ke LT 5. Aku dengan kelam kabutnya bersiap dan terus hidupkan enjin Myvi ungu metallic ku dan terus masuk ke UiTM.
 “ argh… suka buat meeting last minit” monolog aku sendirian.

Selesai mesyuarat persatuan IT aku mempercepatkan langkahku untuk pulang kerumah sewa aku di RPA. Tidak sanggup lagi aku mengadap wajah president persatuan IT itu lagi. Makin lama makin tak senang duduk ak. Ak menghidupkan enjin Myvi ku dan undur kebelakang tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti ak melanggar sesuatu. Aku terkejut dan terus keluar dari myvi kesayanganku itu.
“ Eh Cik Jelita Akasia, awak ke yang pandu Myvi tu? ” Aku terkesima dan tak sangka aku telah melanggar President IT, aku merasakan seluruh badanku kaku dan nafasku menjadi serabut.
“ Cik Jelita, are you here? hello… awak ni mengelamun ke apa, nasib awak langgar beg sandang saya. Awak ok tak ni?” soal Tuan President IT ku itu.
“ Yup, I’m ok. Urm.. Tuan President kita ni ok tak, ada cedera ke terlanggar mana-mana ke?” President IT menggelingkan kepalanya dan senyum. Oh tidak, senyuman tuan president boleh membuatkan aku tidak tidur lena malam ni. Jantung aku kembali berentak pantas dan aku tiba-tiba menjadi malu.
“ Cik Jelita, awak ni kenapa? Muka awak dah naik merah. Awak ok tak ni?” Muka tuan president IT itu kembali serius memandang riak mukaku yang semakin berubah. Aku cuba untuk mengawal segala perasaan yang bermain dalam mindaku ini. Aku memulakan berbica setelah aku kumpulkan semua kekuatan untuk berkata-kata. “ Saya ok je la. Tuan President ok tak. Maaf la, saya tak perasan yang Tuan President ada kat belakang kereta saya. I’m so sorry.”
“ Ish, jgn risau la, awak langgar tak kena saya pun kena beg sandang saya je. Awak jangan la risau. Urm… satu lagi jangan la panggil saya tuan president, rase cam janggal je awak panggil saya macam tu, panggil je Arill.”balas Arill sambil melemparkan senyuman yang paling comel aku rase selama aku kenal dengan mamat ni.
“ kla Arill I got to go and sorry sangat. Take care.”Ak masuk kedalam kereta kembali dan berlalu pergi sambil melihat Arill melambaikan tangan kearahku. Aku tersenyum sendirian sehingga sampai di rumah dan Amylia Zulaikha mengeleng-gelengkan kepalanya melihat aksi aku yang tak habis-habis tersengih-sengih itu.
“ Apala nak jadi dengan kawan aku ni” monolog Amylia Zulaikha.

To be continue...

Jelita Akasia :: Intro ::

OGOS 2011
Cinta. Apa itu cinta? Adakah cinta itu indah? adakah cinta itu memiliki? 
atau adakah benar cinta itu buta? Jika diberi pilihan untuk aku memilih, 
aku pilih kesemuanya. Cinta juga membuatkan hidupku penuh 
dengan warna-warni dan kadang-kadang aku seperti berada 
dialam dunia yang aku ciptakan sendiri. Namun kali ini, aku tewas 
dengan perasaan aku sendiri, dimana aku tidak dapat melupakan 
cinta yang pernah hadir dalam hidupku tiga tahun lalu. 
Akan kusimpan cintamu sehingga ke akhir hayatku 
walupun engkau telah berpisah jauh dariku namun dirimu 
masih segar di ingatanku dan akan ku sentiasa merinduimu. 

~  Jelita Akasia ~

Aku menutup kembali diari usang ku yang berwarna hitam itu. Di situlah tempat aku meluahkan segala perasaan dan isi hatiku selama ini. Dan di diari hitam itu juga aku menceritakan semua rahsiaku dan menjadi teman baikku selama ini. “Ya allah, kau kuatkanlah hati hambamu ini, kau berikanlah kekuatkan kepadaku untuk meneruskan kehidupan yang penuh liku-liku ini dan kau jauhilah aku daripada terus dibelenggu rasa sedih dan diburu rasa bersalah seumur hidupku” itulah doa yang tidak pernah lekang dari mulutku semenjak dia pergi meninggalkanku tiga tahun lalu.
Continue : Chapter 1

Wednesday, 1 June 2011

Tips Menjaga Kulit


Kulit merupakan  organ yang terbesar dalam sistem badan manusia. Kulit amat penting bagi melindungi organ-organ dan sel-sel  yang terdapat dalam badan kita.Penjagaan kulit juga amat penting sekali terutama pada masa sekarang ini kerana keadaan cuaca dan suhu Bumi yang semakin meningkat. Disini terdapat beberapa tip yang ingin saya kongsikan kepada anda sekalian mengenai penjagaan kulit.
  • Untuk menjaga kulit supaya kelihatan lebih putih dan cerah, elakkan dari berjemur dibawah pancaran matahari erutama pada Pukul 10 pagi dan 4 petang.
  • Selalu memakai Sunscreen ketika keluar rumah.
  • Sebelum membeli produk pemutih kulit, baca dahulu senarai bahan yang terkandung didalamnya. Elakkan dari membeli produk yang mengandungi hydroquine atau merkuri kerana kedua-dua bahan ini boleh mendatangkan kesan pada kulit kita.
  • Elakkan dari mengambil terlalu banyak vitamin C kerana ia boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan kita seperti masalah development of kidney stones.
Siti Still cantik sampai sekarang...