OGOS 2011
Cinta. Apa itu cinta? Adakah cinta itu indah? adakah cinta itu memiliki?
atau adakah benar cinta itu buta? Jika diberi pilihan untuk aku memilih,
aku pilih kesemuanya. Cinta juga membuatkan hidupku penuh
dengan warna-warni dan kadang-kadang aku seperti berada
dialam dunia yang aku ciptakan sendiri. Namun kali ini, aku tewas
dengan perasaan aku sendiri, dimana aku tidak dapat melupakan
cinta yang pernah hadir dalam hidupku tiga tahun lalu.
Akan kusimpan cintamu sehingga ke akhir hayatku
walupun engkau telah berpisah jauh dariku namun dirimu
masih segar di ingatanku dan akan ku sentiasa merinduimu.

~ Jelita Akasia ~
Aku menutup kembali diari usang ku yang berwarna hitam itu. Di situlah tempat aku meluahkan segala perasaan dan isi hatiku selama ini. Dan di diari hitam itu juga aku menceritakan semua rahsiaku dan menjadi teman baikku selama ini. “Ya allah, kau kuatkanlah hati hambamu ini, kau berikanlah kekuatkan kepadaku untuk meneruskan kehidupan yang penuh liku-liku ini dan kau jauhilah aku daripada terus dibelenggu rasa sedih dan diburu rasa bersalah seumur hidupku” itulah doa yang tidak pernah lekang dari mulutku semenjak dia pergi meninggalkanku tiga tahun lalu.
Continue : Chapter 1
tulis novel?
ReplyDelete