3 Tahun lalu
Amylia Zulaikha A.K.A Ika merupakan teman baikku semenjak zaman Matrikulasi. Cantik orangnya seindah budi pekerti seperti nama yang diberikan kepadanya.
Aku bernasib baik kerana telah dipertemukan teman baik dan teman serumah seperti Ika. Aku dan Ika berkenalan ketika kami mengikuti kem kempipinan majlis tertinggi kolej kediaman di Kem Lambaian Danau.
Semenjak dari kem itu, kami menjadi akrab sehingga sekarang. Sedar tak sedar kami dah melangkah masuk ke sem akhir dan bakal menjadi graduan dari Universiti.
Kemana ada aku pasti ada dia, tambahan pula kami mendapat tawaran dari Universiti yang sama untuk melanjutkan Ijazah walaupun kos yang berlainan.
Ika merupakan pelajar jurusan kimia gunaan dan aku merupakan pelajar jurusan sains Komputer.Pasti semua rakan-rakan aku terkejut jika mendengar aku mengambil kursus sains komputer kerana di zaman matrikulasi aku mengambil kursus sains fizikal dan cita-citaku untuk menjadi seorang Jurutera. Tapi rezeki aku bukan dibidang kejuruteraan , aku telah dilelongkan masuk ke kursus ijazah sarjana muda Sains Komputer di UiTM Perlis. Aku pun tak kisah, yang penting aku dapat belajar.
Zafrill Badrul a.k.a Arill. Nama yang mampu buat jiwa aku gundah dan tidak keruan. Aku pun tidak menyedari sejak bila yang aku mulai suka padanya.
Aku cuma sedar hati aku berdegup pantas semenjak dari pulang makan Ais Kacang bersama dengan Arill dan rakan-rakan aku yang lain. Aku tidak dapat mencari sebab mengapa aku suka pada Arill. Sekarang ini, aku tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan Arill.
“Oit, kau termenung jauh apa pagi-pagi ni? Macam orang yang tengah angau je aku tengok kau ni” soal Amylia Zulaikha.
“Eh, mane ada. Kau ni mengarut je kerja, tak ada kerja lain ke nak buat kalau tak kacau aku sehari” balasku.
“Eleh, dengan aku jangan nak temberanglah macamlah aku baru kenal ko semalam. Baik kau bagitahu, kalau tak…”Amylia Zulaikha cuba mengugut aku.
“kalau tak kau nak bagi tahu satu Facebook yang aku ni angau? Yang aku ni… ouch.. sakitlah cubitan ketam semut kau ni! Merah dah tangan aku.” Ketika itu, muka Amylia Zulaikha berubah menjadi masam dan dia mencebikkan muncung mulutnya kedepan. “ klah, aku bagi tahu kau tapi ko janji kau jangan bagi tahu sesiapa pun termasuk buah hati kesayangan kau tu.” Amylia Zulaikha dengan sepantas kilat mengangguk dan raut wajahnya kembali ceria. “Ce citer ce citer, aku dah pasang telinga besar-besar ni.”
“Camni, aku rasa aku dah macam suka pada Rill la. Hati aku ni asyik berdegup jek bila sebut nama dia, tengok muka dia pun aku tak boleh. Camne ni Ika, aku takutla.”
“Ko takut pasai ape. Ce habaq mai skit kat aku.”bidas Amylia Zulaikha.
“Aku takutlah, sebab aku tak pernah rasa camni sebelum ini. Aku asyik teringat sal dia jek.” Aku meluahkan rase hati aku kepada teman baikku itu. Amylia Zulaikha terdiam sejenak dan memikirkan sesuatu. Keadaan menjadi sepi seketika dan tiba-tiba telifon mudah alih milikku berbunyi dan aku mendapat pangillan dari teman sekelasku yang aku kena menghadiri mesyuarat tergempar Persatuan IT sekarang. Aku memberitahu kepada Amylia Zulaikha yang aku kena berundur dulu ke LT 5. Aku dengan kelam kabutnya bersiap dan terus hidupkan enjin Myvi ungu metallic ku dan terus masuk ke UiTM.
“ argh… suka buat meeting last minit” monolog aku sendirian.
Selesai mesyuarat persatuan IT aku mempercepatkan langkahku untuk pulang kerumah sewa aku di RPA. Tidak sanggup lagi aku mengadap wajah president persatuan IT itu lagi. Makin lama makin tak senang duduk ak. Ak menghidupkan enjin Myvi ku dan undur kebelakang tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti ak melanggar sesuatu. Aku terkejut dan terus keluar dari myvi kesayanganku itu.
“ Eh Cik Jelita Akasia, awak ke yang pandu Myvi tu? ” Aku terkesima dan tak sangka aku telah melanggar President IT, aku merasakan seluruh badanku kaku dan nafasku menjadi serabut.
“ Cik Jelita, are you here? hello… awak ni mengelamun ke apa, nasib awak langgar beg sandang saya. Awak ok tak ni?” soal Tuan President IT ku itu.
“ Yup, I’m ok. Urm.. Tuan President kita ni ok tak, ada cedera ke terlanggar mana-mana ke?” President IT menggelingkan kepalanya dan senyum. Oh tidak, senyuman tuan president boleh membuatkan aku tidak tidur lena malam ni. Jantung aku kembali berentak pantas dan aku tiba-tiba menjadi malu.
“ Cik Jelita, awak ni kenapa? Muka awak dah naik merah. Awak ok tak ni?” Muka tuan president IT itu kembali serius memandang riak mukaku yang semakin berubah. Aku cuba untuk mengawal segala perasaan yang bermain dalam mindaku ini. Aku memulakan berbica setelah aku kumpulkan semua kekuatan untuk berkata-kata. “ Saya ok je la. Tuan President ok tak. Maaf la, saya tak perasan yang Tuan President ada kat belakang kereta saya. I’m so sorry.”
“ Ish, jgn risau la, awak langgar tak kena saya pun kena beg sandang saya je. Awak jangan la risau. Urm… satu lagi jangan la panggil saya tuan president, rase cam janggal je awak panggil saya macam tu, panggil je Arill.”balas Arill sambil melemparkan senyuman yang paling comel aku rase selama aku kenal dengan mamat ni.
“ kla Arill I got to go and sorry sangat. Take care.”Ak masuk kedalam kereta kembali dan berlalu pergi sambil melihat Arill melambaikan tangan kearahku. Aku tersenyum sendirian sehingga sampai di rumah dan Amylia Zulaikha mengeleng-gelengkan kepalanya melihat aksi aku yang tak habis-habis tersengih-sengih itu.
“ Apala nak jadi dengan kawan aku ni” monolog Amylia Zulaikha.
To be continue...
0 99 Komen Sini:
Post a Comment
Thank You for your comment... Sila Datang lagi