Klik-Klik

Thursday, 31 May 2012

Rumah Sewa FS di Arau

Teratak tempat aku menyewa kat Sri wang 3 Arau.
Dah dua tahun aku duk kat rumah ni. Banyak kenangan sepanjang ak duduk kat sini. Sedih plak bile nak kuar dari rumah ni. Hope student yang bakal sewa rumah ni akan jaga rumah ni elok-elok. =)

Rumah aku ade 3 tong sampah. 

lock pun ade.

Rak kasut...

Rumah yang aku duduk ni siap ade grill 

Lantai bersimen kat depan rumah. tak yah nak cabut rumput.. 

Sliding door ... so, leh buka pintu luas2..

Belakang rumah pun ber grill... memng selamat.. =)

Tempe. . Tempe


Tempe... Tempe... Tempe...
Aku memang suka makan tempe. Kalo kat Taiping memang senang nak dapat. Tapi di sebab skrg aku menetap kat Arau, memang susah nak dapat jumpe tempe kat Pasar. Kalau ade pun Mahal dan bersaiz kecil. Hari tu aku beli tempe ni kat Pasar pagi hari rabu belakang Istana Arau, dan harga tempe ni RM 1.50. Urm.. kecik jugak saiz tempe ni.. kalau kat tempat ak ( Taiping.) baru RM 0.90 dan besar. Tapi teringin punya pasal, ak beli je la...
Sebab apa aku suka makan tempe... urm.. sebab, sedap.. dan banyak khasiat yang terkandung dalam tempe nih. Selain itu, tempe boleh mencegah Anemia & Osteoporosis, mencegah kanser payudara & penuaan, kaya dengan serat, mudah dicerna, dan bagus untuk kulit... sebenarnya banyak lagi khasiat tempe ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, try search google. =)

Saturday, 26 May 2012

Mengenai Hati


Cakap pasal hati, mesti korang akan ingat pasal cintan-cintun kan.. ~ Sebenarnya, hati ni memainkan peranan yang besar buat kita. Selain itu, hati ni sangat penting dan perlu di jaga kerana hati merupakan ibu yang mengerakan tindakan dan perlakuan kita. Jika kita tak jaga hati kita dengan baik, nanti mudah di serang penyakit hati. Antara contoh-contoh penyakit hati adalah hasad dengki, pemarah dan riak & sombong. Jadi, hindarilah penyakit hati ni k..

Allah SWT melarang hamba-Nya mempunyai perasaan hasad serta sifat keji lain seperti mengumpat dan memfitnah seperti firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan jangan setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujraat, ayat 12) .

Kejahatan Dibalas Kebaikan



Memberi kemaafan dan melupakan kejahatan yang pernah di lakukan pada kita serta terus menerus memberi kebaikan kepada orang lain adalah salah satu contoh positif yang perlu kita ikuti. Memang susah untuk melakukannya. Aku sendiri pun perlukan masa untuk melakukannya. Tapi aku pelajari perlahan-lahan bagaimana untuk melakukannya. Alhamdulillah, bila kita memberi kemaafan dan melupakan kejahatan yang pernah di lakukan ke atas kita, kita akan merasa tenang dan bahagia. =)

Belajar untuk atasi Patah Hati.

Apa yang korang harus lakukan pabila Patah Hati / Kecewa? Adakah :

  • Menangis sampai buta macam Kassim Selamat?
  • Menyalahkan diri sendiri ?
  • Berkurung dalam rumah sampai tak kenal dunia luar?
  • Tidur dan tak nak bangun dah?
Kalau korang buat perkara-perkara kat atas nie memang agak rugi dan sia-sia saja. Sebab korang dah bazirkan masa dan hidup korang untuk meratapi atau melayan perasan patah hati / kecewa anda . Pasti ada hikmah di atas segala yang berlaku. Jadi, korang kena hadapi semua ini dengan tabah. Kat sini aku nak kongsi sedikit pendapat/tips macam mana nak atasi perasaan patah hati/ kecewa ni.

Ape yang perlu korang belajar untuk lakukan adalah :

  1. Belajar menjadi pemaaf   =  # Kerana sikap pemaaf dapat menenangkan hati dan jiwa. Selain itu, memaafkan orang lain dapat membersihkan hati kita dari gelombang @ aura negatif. 
  2. Belajar melupakan kisah sedih @ kenangan pahit =  # Korang perlu berhenti mengigati segala kenangan yang membuatkan korang sedih dan kecewa. Memang susah untuk melupakan kenangan itu sekaligus, tapi kila leh lakukan secara perlahan-lahan.
  3. Belajar untuk bersyukur = # korang harus bersyukur kerana korang di beri peluang untuk hidup sehingga ke hari ini. Dan korang harus menghargai hidup korang ini. Jangan bazirkan hidup anda dengan rasa patah hati dan kecewa.
  4. Belajar untuk menjadi Tabah =  # Berlajarlah untuk menerima hakikat dengan hati terbuka. ( Allah SWT menurunkan musibah dan permasalahan bukan sekadar dugaan tetapi balasan pada perbuatan anda pada masa lalu..) Selain itu, tekadkan diri dan yakinkan minda yang korang boleh hidup dengan gembira dan bahagia. 
  5. Belajar untuk optimis = Berfikirlah secara positif dan sibukan diri anda dengan aktiviti berfaedah. 
  • Dan yang paling penting sekali, jangan mudah putus asa untuk mencuba melupakan perasaan patah hati itu. Sentiasa menjaga solat dan jangan sesekali putus asa untuk berdoa. In shaAllah, segala rasa kecewa dan patah hati dapat di atasi.         
Belajar untuk senyum. .

Sunday, 20 May 2012

Sukaneka kat Gunung Keriang 2012

Pada ketinggian 5 meter kot. . 
Baru-baru ni ak join event Sukaneka persatuan Martech ( Marine technology)... Best jugak la dan hilang skit stress ( buat FYP ). ... Sukaneka kali nie buat kat Gunung Keriang...( nie kali ke-3 ak buat sukaneka kat sini... dan lebih dari 5 kali ak datang sini...)...  Sedih plak rasa, sebab ni last sem ak kat Martech ni dan nie merupakan sukaneka terakhir ak join. .

Masa bertolak, kosong je bus yang aku naik ni.

Nie salah satu game yang kitorg main...( water survival. )

Semangat dorang bagi sokongan kat group masing2.

Tengah tunggu turn nak main.

AJK sukaneka ...

Antara peralatan yang digunakan...

Ok.. dilarang merokok.

Group ak.. ( group 9 )...

Ida berkongsi kegembiraan bersama Jia.

Sebelum balik Arau.
Zul nak jugak bergambar ngan my housemate.. =) 

My classmate : Faratiqa sedih nak tinggalkan Gunung Keriang nih.. 

Monday, 14 May 2012

Resepi Laksa Mee ( Percubaan Pertama )

Assalamualaikum...
Hari nie Fara masak salah satu makanan yang Famous kat Pantai Remis iaitu Laksa Mee..( 1st time masak Laksa Mee).. Memang kalau balik Pantai Remis Perak je memang tak miss makan Laksa Mee..( teringat masa kecik-kecik dulu, Fara sampai cirit-birit makan Laksa Mee...hihihhi...)
Housemate Fara cakap dorang tak penah makan Laksa Mee nih, dorang cakap nie first time dorang makan (Naseb baik la dorang puji sedap...hihihi.) ... Tapi Mama Fara wat lagi sodap... ;)
Kat sini Farah nak share kat korang resepi yang Mama Fara turunkan kat Fara td. Selamat mencuba ye kengkawan.
Laksa Mee


Resepi Laksa Mee Pantai Remis


A. Bahan-bahan untuk buat kuah
1. Bawang Merah 3 ulas ( dihiris )
2. Bawang putih 6 ulas ( dihiris )
3. Kulit kayu manis ( 2 batang )
4. Bunga lawang ( 2 biji)
5. Kacang panjang ( di potong kecil-kecil )
6. Udang putih ( Ikut suka nak letak banyak mana.letak sikit je pun boleh. )
( kalau nak ganti udang putih dengan ayam pun boleh, kerang pun boleh, ketam pun boleh. Tapi Aku suka kalo letak udang. )
7. Air ( ikut suka nak letak air banyak mana )

B. Bahan-bahan untuk buat sambal
1. Cili kering ( segenggam )
2. Udang Kering ( Segenggam )
3. Bawang merah ( 2 ulas )
4. Bawang Besar ( 2 ulas )
5. Bawang merah seulas dihiris halus.
6. Asam keping @ Asam jawa.

C. Bahan-bahan mee
1. Laksa Mee atau boleh pakai Mee sanggul ( tapi aku guna Mee lidi , cam gambar kat bawah.)
Mee Lidi


D. Bahan-bahan sayur 
1. Kacang panjang di potong kecil-kecil.
2. Lobak putih ( potong dadu )


Cara-cara nak buat 


A. Kuah
1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dihiris halus tadi sehingga wangi.
2. Masukan Kulit kayu manis dan bunga lawang.
3. Setelah itu, masukan udang putih dan biarkan seketika.
4. Masukan air 4 cawan. ( nak letak lebih pun boleh. Ikut suka anda.)
5. Biarkan mendidih.
6. Setelah itu masukan kacang panjang.
7. Masukan perasa atau garam sehingga secukup rasa.

B. Sambal 
1. Kisar cili kering bersama dengan bawang merah, bawang besar, udang kering.
2. Tumis sedikit bawang merah yang dihiris tadi sehingga wangi.
3. Masukan cili kering yang telah di kisar tadi.
4. kacau sehingga masak ( fara lebih suka masak sambal tu sampai garing ).
5. Masukan 2 keping Asam keping, sedikit gula dan garam secukup rasa.

C. Laksa Mee 
1. Dicelur sampai lembut laksa mee @ mee sanggul @ mee lidi.


D. sayur
1. Tumiskan bawang merah sehingga wangi.
2. Masukan kacang panjang dan lobak masin.
3. kemudian, letak sedikit garam.
4. Sedia di hidangkan.

** Campurkan Laksa mee bersama kuah, sambal dan sayur. Sedia untuk di makan. =)

Laksa Mee