Klik-Klik

Saturday, 26 May 2012

Belajar untuk atasi Patah Hati.

Apa yang korang harus lakukan pabila Patah Hati / Kecewa? Adakah :

  • Menangis sampai buta macam Kassim Selamat?
  • Menyalahkan diri sendiri ?
  • Berkurung dalam rumah sampai tak kenal dunia luar?
  • Tidur dan tak nak bangun dah?
Kalau korang buat perkara-perkara kat atas nie memang agak rugi dan sia-sia saja. Sebab korang dah bazirkan masa dan hidup korang untuk meratapi atau melayan perasan patah hati / kecewa anda . Pasti ada hikmah di atas segala yang berlaku. Jadi, korang kena hadapi semua ini dengan tabah. Kat sini aku nak kongsi sedikit pendapat/tips macam mana nak atasi perasaan patah hati/ kecewa ni.

Ape yang perlu korang belajar untuk lakukan adalah :

  1. Belajar menjadi pemaaf   =  # Kerana sikap pemaaf dapat menenangkan hati dan jiwa. Selain itu, memaafkan orang lain dapat membersihkan hati kita dari gelombang @ aura negatif. 
  2. Belajar melupakan kisah sedih @ kenangan pahit =  # Korang perlu berhenti mengigati segala kenangan yang membuatkan korang sedih dan kecewa. Memang susah untuk melupakan kenangan itu sekaligus, tapi kila leh lakukan secara perlahan-lahan.
  3. Belajar untuk bersyukur = # korang harus bersyukur kerana korang di beri peluang untuk hidup sehingga ke hari ini. Dan korang harus menghargai hidup korang ini. Jangan bazirkan hidup anda dengan rasa patah hati dan kecewa.
  4. Belajar untuk menjadi Tabah =  # Berlajarlah untuk menerima hakikat dengan hati terbuka. ( Allah SWT menurunkan musibah dan permasalahan bukan sekadar dugaan tetapi balasan pada perbuatan anda pada masa lalu..) Selain itu, tekadkan diri dan yakinkan minda yang korang boleh hidup dengan gembira dan bahagia. 
  5. Belajar untuk optimis = Berfikirlah secara positif dan sibukan diri anda dengan aktiviti berfaedah. 
  • Dan yang paling penting sekali, jangan mudah putus asa untuk mencuba melupakan perasaan patah hati itu. Sentiasa menjaga solat dan jangan sesekali putus asa untuk berdoa. In shaAllah, segala rasa kecewa dan patah hati dapat di atasi.         
Belajar untuk senyum. .

0 99 Komen Sini:

Post a Comment

Thank You for your comment... Sila Datang lagi