Klik-Klik

Saturday, 26 May 2012

Mengenai Hati


Cakap pasal hati, mesti korang akan ingat pasal cintan-cintun kan.. ~ Sebenarnya, hati ni memainkan peranan yang besar buat kita. Selain itu, hati ni sangat penting dan perlu di jaga kerana hati merupakan ibu yang mengerakan tindakan dan perlakuan kita. Jika kita tak jaga hati kita dengan baik, nanti mudah di serang penyakit hati. Antara contoh-contoh penyakit hati adalah hasad dengki, pemarah dan riak & sombong. Jadi, hindarilah penyakit hati ni k..

Allah SWT melarang hamba-Nya mempunyai perasaan hasad serta sifat keji lain seperti mengumpat dan memfitnah seperti firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan jangan setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujraat, ayat 12) .

0 99 Komen Sini:

Post a Comment

Thank You for your comment... Sila Datang lagi