Klik-Klik

Monday, 26 August 2019

Produk Review Ultra Repair Cream : First Aid Beauty (FAB)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ni kami nak share sikit pengalaman pakai produk First Aid Beauty (FAB) - Ultra Repair Cream.

Lepas kami balik dari pulau, kulit jadi kusam dan sangat kering. Kawan kami cadang kan Cuba FAB ni. Kami pun mulakan misi pencarian pasal produk ni kat Mr. Google. Banyak review kat Google cakap, produk ni bagus dan boleh melembapkan kulit.

Lepas dapatkan maklumat pasal produk ni kami pun pergi Sephora dan beli Ultra Repair Cream ni - saiz paling kecik.

Review:
1) Produk ni bagus untuk kulit kering sebab bila kami pakai sebelum tidur, esok bila bangun pagi, kulit still rasa lembab dan lembut.
2) Kulit kami sangat sensitip terutama bila kulit kering, bila try produk ni kat muka, hilang rasa gatal muka.
3) Sebelum pergi kerja, kami apply produk ni kat muka, Pastu pakai sun protection, muka duk nampak bermaya walaupun tak pakai make-up.


Memang kami cadangkan produk ni untuk hangpa. Bukan saja boleh pakai dekat muka, dekat badan pun boleh sapu. Boleh selalu sapu kat tumit kaki juga. Alhamdulillah, makin lembut tumit Hakak.

Bagi yang selalu ke pulau, melakukan aktiviti luar, dan selalu melancong. Kami memang sarankan anda simpan satu cream ni dalam bag anda. Memang berbaloi untuk memastikan kulit hangpa tidak kering dan kusam. 

Ultra Repair Cream - Saiz Kecil
*Kami duk promote produk ni sebab pernah Cuba dan nampak hasil yang memuaskan pada kulit kak Rara. Ini bukan paid review ya.

Terima kasih sebab sudi singgah baca produk review kami.

0 99 Komen Sini:

Post a Comment

Thank You for your comment... Sila Datang lagi