Klik-Klik

Thursday, 2 April 2020

Resepi Dalgona Milo Viral

Salam Sejahtera Semua, 

La ni duk viral macam-macam masakan kat media sosial. Tambah time PKP ni, ada masa nak cuba buat lauk macam-macam kan. So, hari ni kami nak share cara nak buat ayaq Dalgona yang tengah viral tu. Sat ja, buat ayaq ni kurang dari 30 minit.

Resepi Dalgona Milo

Barang yang di perlukan :

1) Serbuk Milo
2) Air Panas
3) Gula Brown/white
4) Ovalette
5) Transparent Glass
6) Ice Cube
7) Susu

(a) Gabungkan Serbuk Milo, Gula, Air Panas & Ovalette dalam mangkuk. 
(b) Hangpa boleh guna sukatan :
      i) 4 Sudu Makan Milo, 4 Sudu air panas, 1 Sudu gula, Setengah sudu makan ovalette
      atau 
      ii) 8 Sudu Makan Milo, 8 Sudu air panas, 2 sudu gula, 1 Sudu makan ovaletter
      iii)Yang sukatan tu boleh ikut selera tekak hangpa 
      iv) Dalam resepi kami ni, 4 sudu tu sukatan cawan kecil, 8 sudu tu sukatan gelas besar. 
 (c) Gaul gabungan tadi dengan sudu boleh, alat pemukul telur boleh, hand mixer boleh               atau stand mixer pun boleh.
 (d) Pukul gabungan atas tadi sampai warna cokelat pudar dan likat 
      (Kami pukul dalam 15-20 minit).
 (e) Gabungan tadi dah kembang, boleh la prepare ais batu masuk dalam gelas
 (f)  Tuang susu dalam gelas yang dah ada ais batu
 (g) Tuang gabungan likat tadi kat atas ais batu
 (h) Pastu letak serbuk milo sikit sebagai topping.

Video tutorial macam mana nak buat dalgona Milo kat link bawah ni:



Selamat Mencuba.

Terima Kasih, Stay safe semua.

#stayathome #staysafe #dalgona

0 99 Komen Sini:

Post a Comment

Thank You for your comment... Sila Datang lagi